Saturday, August 3, 2013

Sunnah Rasulullah Di Hari Raya



Aidilfitri merupakan hari yang ditunggui oleh umat Islam di seluruh pelosok dunia. Kehadirannya dianggap suatu kemenangan, setelah di bulan Ramadhan, kewajipan berpuasa bagi umat Islam yang baligh dan berakal selesai dilaksanakan. Selepas mengharungi getir menahan diri daripada lapar dan dahaga serta segala pantang larang RAMADHAN, umat Islam pada hari pertama SYAWAL DIHARAMKAN BERPUASA, malah diarahkan bergembira – dengan memakai pakaian yang indah, menggunakan haruman yang semerbak wanginya dan diperintahkan berkumpul dengan membesarkan ALLAH dengan takbir, tahmid dan tahlilnya semata-mata bagi mensyukuri pengembalian kepada fitrah secara beramai-ramai.