Aidilfitri merupakan hari yang ditunggui oleh umat Islam di seluruh pelosok
dunia. Kehadirannya dianggap suatu kemenangan, setelah di bulan Ramadhan,
kewajipan berpuasa bagi umat Islam yang baligh dan berakal selesai
dilaksanakan. Selepas mengharungi getir menahan diri daripada lapar dan dahaga
serta segala pantang larang RAMADHAN, umat Islam pada hari pertama SYAWAL DIHARAMKAN BERPUASA, malah diarahkan
bergembira – dengan memakai pakaian yang indah, menggunakan haruman yang
semerbak wanginya dan diperintahkan berkumpul dengan membesarkan ALLAH dengan
takbir, tahmid dan tahlilnya semata-mata bagi mensyukuri pengembalian kepada
fitrah secara beramai-ramai.
Ya, kerana kalimah FITRI itu sendiri bermaksud FITRAH, iaitu dengan
kejayaan seorang muslim selama sebulan menempuh tarbiah RAMADHAN yang akhirnya
mengembalikan dirinya kepada fitrah sebenar di mana fitrah asal sebenarnya
adalah suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada noda
dan dosa. FITRAH yang membawa pengertian akan kejernihan hati, selepas sebulan
membersihkannya daripada dosa dan mazmumah kemudian menyuburkannya dengan
amalan-amalan rohani. Maka sesungguhnyalah Aidilfitri adalah hari dimana
ganjaran bagi mereka yang benar-benar beramal di bulan RAMADHAN mendapat
jolokan AL-JAIZAH, iaitu hari mendapat ganjaran.
Bertakbir
Perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah sebaik diketahui
tarikh hari raya adalah bertakbir. Waktunya bermula sebaik terbenamnya matahari
sehingga imam datang untuk memulakan solat pada hari raya. Umat Islam
disunatkan memperbanyakkan bacaan takbir untuk menzahirkan rasa syukur pada
ALLAH yang maha ESA. Sesuai dengan firman ALLAH yang bermaksud:-
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa
(sebulan RAMADHAN), supaya kamu membesarkan ALLAH (dengan bertakbir) kerana
telah memberi petunjuk kepada kamu dan supaya kamu bersyukur”.
Digalakkan juga bertakbir sepanjang
perjalanan ke masjid, seperti lazimnya para sahabat melakukannya.
Lafaz ucapan di hari raya
Dinyatakan dalam sebuah hadis oleh al-Hafiz
Ibn Hajar Al-Asqalani seperti yang dinukilkan oleh Jubair bin Nufair r.a
katanya:-
“Apabila para sahabat Rasulullah
s.a.w bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain akan
ayat TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA (Semoga ALLAH menerima amalan kami dan amalan
kamu)
Beribadat dan
berdoa di Malam Aidilfitri
Kita telah biasa dengan rutin bangun sahur di bulan RAMADHAN. Tentu sekali
pada pagi Raya kita sudah tidak perlu bersahur. Tetapi apalah susahnya, dengan
kebiasaan bangun sebelum subuh itu kita langsungkan dengan bangkit sebelum
subuh pada pagi raya ini, bukan dengan niat untuk menjamu selera tetapi tunduk
SUJUD membesarkan ALLAH yang Maha Mencipta. Malam raya adalah salah satu malam
yang doa diterima olehNya, maka manfaatkanlah waktu ini dengan memohon
sebanyak-banyaknya permintaan. Malah kita juga digalakkan memperbanyakkan
takbir sepanjang malam. Seperti sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang menghidupkan
malam Aidilfitri dan Aidiladha
dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana
Allah, maka tidak akan mati
hatinya pada semua hati-hati yang
akan mati, iaitu pada hari kiamat"
PADA HARI RAYA
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Syafie:
“Ali bin Abi Talib r.a pernah ditanya
adakah HARUS mandi disetiap hari? Maka jawabnya TIDAK HARUS. Namun mandi yang
diharuskan ialah mandi pada HARI JUMAAT, HARI ARAFAH, HARI RAYA AIDILFITRI DAN
AIDILADHA”
Bersarapan juga
adalah sunnah di pagi raya. Caranya dengan memakan sedikit sebelum pergi
menunaikan solat di masjid. Seperti hadis Rasulullah s.aw bermaksud
“Rasulullah s.aw tidak akan pergi ke
tempat solat pada pagi aidilfitri sebelum memakan beberapa biji buah kurma”
Lihatlah betapa indahnya Islam, hanya dengan bersarapan di pagi raya sudah
diberikan ganjaran pahala. Subhanallah!
Berpakaian
indah
Perlu diingatkan bahawa islam
tidak pernah mengajar
umatnya berlebih-lebihan atau
melampaui batasan dalam menyambut apa
saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti
boros berbelanja semata-mata
untuk bergaya pada hari raya dengan pakaian yang
mahal-mahal dan kuih muih
yang terlalu banyak. Imam
Syafie di dalam
kitabnya berkata
" Aku lebih menyukai
seseorang memakai pakaian
terbaik pernah dimilikinya
pada hari raya iaitu
hari Jumaat,dua hari raya(aidilfitri dan aidiladha) dan
tempat diadakan majlis.Tetapi
BERSEDERHANA dalam berpakaian.
Berjalan kaki
menuju tempat dikerjakan solat Hari Raya
Hadis Nabi s.a.w:
"Tatkala pergi
dan balik dari tempat
solat hari raya,Rasulullah sentiasa
pergi dan balik melalui
jalan yang berlainan."
Termasuk sunnah iaitu jika kita berjalan kaki menuju ke tempat solat. Tapi jika masjid agak jauh, naik kereta
pun tiada masalah. Segeralah
ke masjid untuk
bertakbir dan menunaikan
solat secara berjemaah. Pergi ke masjid
dan pulang dengan
jalan yang berbeza. Lebih afdhal
pergi dengan jarak yang
lebih jauh dari jalan
pulang.
Hikmah berjalan jauh semasa pergi ini supaya bagi membolehkan kita bertegur sapa dengan jemaah yang lain dan mengucapkan tahniah
sempena kejayaan sepanjang ramadhan
dan kedatangan hari raya. Selain itu, ia
juga bagi membanyakkan saksi atas ibadah
kita. Biar setiap langkah kita
di saksikan sebagai ibadah.
Membawa bersama
Isteri dan anak-anak ke tempat solat Hari Raya
Ketika melaksanakan solat
hari raya, Rasulullah s.a.w sentiasa
membawa isteri dan anak-anak
Baginda bersama. Saidatina Aisyah r.a, mengisahkan:
"Kami disuruh
supaya keluar dan begitu juga dengan wanita haid
pada kedua-dua hari
raya untuk mendapatkan kebaikan
dan doa-doa orang islam.Walau bagaimanapun, wanita haid duduk jauh daripada tempat solat."
Menyegerakan
pemberian zakat fitrah
Baginda s.a.w akan berpesan agar
kaum Muslimin menyegerakan pemberian zakat fitrah kepada mereka
yang berhak,manakala bagi
solat sunat Aidiladha disegerakan supaya
umat Islam dapat
mempercepatkan urusan sembelihan korban.
Mengerjakan
solat Aidilfitri dan mendengar khutbah
Marilah sama-sama kita
mengerjakan solat Aidilfitri secara berjemaah.Walaupun ianya
sunat tetapi ianya hanyalah setahun sekali. Apalah kiranya kita
meluangkan masa untuk
menghadirkan diri ke masjid
untuk tunduk menghadap yang Maha Esa.
Seeloknya setelah selesai solat, sama-samalah kita mendengar khutbah
sehingga selesai.
Puasa 6 hari
pada bulan Syawal
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
lalu diiringi dengan puasa
enam hari di bulan syawal, seolah-olah
dia telah berpuasa setahun”
No comments:
Post a Comment