Kalau
kita masih ingat masa kecil dulu, mak ayah kita selalu pesan atau suruh kita segera solat bila
dengar aje bunyi azan. Tak kiralah azan radio ke televisyen. Sekarang ni pula lagi canggih, tablet atau smartphone kita dah install apps solat, siap dengan
bunyi azan penuh lagi. Tapi berapa kerat diantara kita yang bersegera solat
sehabis mendengar bunyi azan. Tahukah kita bahawa Allah menurunkan perintah solat keatas
semua umat nabi Muhammad datang sekali dengan hikmah dan kelebihannya? Mari kita
perhatikan.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya
menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui
perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak
asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam
berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid
yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu
Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Kemudian warna alam akan berubah kepada
warna oren,
iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warnaSolat di awal waktu memberi banyak kelebihan |
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat,
uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah
ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua
agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini
menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis
pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang
sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini
(solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna
merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah
ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini
menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan
sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada
dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah
waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana
keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam
mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di
mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan
hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam
waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan
waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan
kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah
meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta
untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam
sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t
tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat
ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas
hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu
hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan
manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam
menghadiri kelas yoga atau kelas gimrama.
No comments:
Post a Comment