Sunday, June 9, 2013

KISAH: Ini Bukan Emel SPAM

Saya seorang  yang ketagih internet dan hari ini saya mempunyai hari yang terbaik yang pernah saya ada. Saya log pada perkara pertama pada waktu pagi dan saya melihat satu emel daripada Dr Idowu Ndnbueze di Nigeria yang mempunyai USD$ 7,000,000.00 (TUJUH JUTA WOOO) yang sengaja tertinggal dari sebuah syarikat multi-nasional. Dia ingin memberi kepada saya 20 persen daripada jumlah itu. Itu dah lebih kurang USD$ 14 Juta! Apa yang perlu saya lakukan ialah membuka akaun bank untuk dia. Senang giler! Saya menulis kembali dan berkata.

"Yes please, I'm your man."


Baik. Saya memutuskan untuk menghabiskan separuh daripada duit itu terlebih dahulu dengan melabur dalam sebuah syarikat berlian yang berjanji ianya DIJAMIN MENINGKAT DENGAN NILAI TINGGI. Ia adalah berpandukan satu tip saham panas dari orang dalam melalui satu emel dari tempat yang dipanggil Andorra. Beliau berkata ia akan meningkat 100 peratus dalam masa seminggu. Jadi sekarang saya sudah mempunyai USD$ 18 juta. I LOVE INTERNET!

Sebelum saya boleh membalas kepada ‘ANDORRA-MAN’, saya menerima satu e-mel baru yang dihantar mengenai seorang gadis sembilan tahun yang menderita kerana penyakit kanser. Jika saya klik pada pautan yang diberikan, sebuah yayasan bernama ‘MAKE A WISH FOUNDATION’ akan membayar segala kos perubatan beliau. Sekarang saya sudah jadi super kaya, jadi saya mahu salurkan sedikit kepada mereka yang memerlukan. Tetapi ketika saya sedang masih berkira-kira untuk klik pada pautan itu, satu emel muncul dengan perkataan  ‘URGENT’ dalam baris pertama subjek.

Sebelum  saya juga dapat membaca e-mel itu, saya terpaksa memadam satu lagi item sebelumnya di dalam email saya: ia adalah emel spam yang menawarkan produk untuk meningkatkan panjang dan lilitan salah satu organ lelaki kegemaran saya. Wow, mungkin mereka salah menyasarkan ‘ads’ itu. Bukan gua bro, cuba try orang lain. Serius,lu emel pada lelaki yang salah.
      
Selepas membuang emel spam itu, saya klik pada emel dengan perkataan ‘URGENT’ itu. Ia adalah dari rakan yang mengatakan bahawa Bill Gates akan membatalkan seluruh perkhidmatan MSN dalam seminggu dan hanya akan berubah fikiran jika kita hantar e-mel ini kepada semua orang dalam folder alamat kita untuk meningkatkan trafik web. Jika kita menghantar kepada 20 orang, kita akan mempunyai nasib yang sangat baik. Tetapi jika kita hantar kepada hanya 10 orang, kita akan mempunyai nasib yang biasa-biasa je. Walau bagaimanapun, jika kita hantar kepada kurang daripada sepuluh orang  sesuatu yang buruk  akan benar-benar berlaku kepada kita seperti awek kita akan mengabaikan kita selama seminggu.

Itu akan menjadi dahsyat! Atau mungkin tidak. Sepanjang minggu awek tak layan. Hmmm. Selepas memikirkan isu untuk sementara waktu, saya memutuskan saya perlu ‘FORWARD’ emel itu, untuk memastikan tiada perkara buruk berlaku kepada duit USD$ 18 juta saya.

Saya hanya mampu untuk menghantar kepada  tujuh orang rakan saya apabila saya mendapat satu emel yang dikemukakan tentang seorang lelaki yang membeli makanan dari satu rangkaian makanan segera  yang menjual ayam goreng. Dia menyatakan yang dia bukanlah memakan ayam tetapi ia adalah tikus goreng.

Wuueerkkk! Saya teringat ia berlaku kepada seorang kawan saya minggu lepas. Saya membuat keputusan untuk menghantar ebook resipi  biskut yang sedap daripada Martha Stewart kepada lelaki itu. Ia bernilai USD$30, beli kat Barnes & Noble. Saya harap lelaki itu mencubanya.

Tetapi sebelum saya dapat mencari resipi dalam folder "My Documents" saya, emel tiba dari pegawai sekuriti simpanan untuk bank HSBC. Dia menulis dari akaun Hotmail, yang kelihatan agak pelik, tetapi nota beliau menjelaskan bahawa beliau telah memeriksa pada butiran akaun bank pelanggannya, dan meminta saya memberi input nama saya, nombor akaun bank dan password supaya wang saya akan selamat.

Bagusnya pegawai itu. Ini akan memastikan bahawa duit USD$ 18 juta yang bakal saya terima daripada Dr Idowu Ndubueze di Nigeria akan selamat. Saya akan ‘key-in’ kata laluan saya yang saya sembunyikan pada satu nota ‘post-it’ di dalam meja belajar saya. Tetapi sebelum saya menaip kata laluan itu, satu e-mel pula datang dari pemimpin-pemimpin sebuah kumpulan yang dikenali sebagai "Jawatankuasa Anugerah Hadiah NOBEL."

Bila dibaca, rupa-rupanya lelaki ini merasakan ada bunyi seekor kumbang merangkak ke dalam telinganya dan dia mahu menghilangkannya. Jadi dia terjumpa satu artikel di internet dan membaca caranya dengan meletakkan satu bom dinamit dekat pada telinganya dan nyalakan sumbunya.

BOOM!

Letupan itu meledakkan kepalanya, bersepai keluar tingkap. Kemudian rumahnya pula runtuh dan menimpa mayatnya pula. Kaput!


p/s: Semasa artikel ini habis ditulis, penulis telah menerima satu emel dari Dr Idowu Ndubueze dengan berkata – “ You are my HERO. Thank you.”

No comments:

Post a Comment