Aidilfitri merupakan hari yang ditunggui oleh umat Islam di seluruh pelosok
dunia. Kehadirannya dianggap suatu kemenangan, setelah di bulan Ramadhan,
kewajipan berpuasa bagi umat Islam yang baligh dan berakal selesai
dilaksanakan. Selepas mengharungi getir menahan diri daripada lapar dan dahaga
serta segala pantang larang RAMADHAN, umat Islam pada hari pertama SYAWAL DIHARAMKAN BERPUASA, malah diarahkan
bergembira – dengan memakai pakaian yang indah, menggunakan haruman yang
semerbak wanginya dan diperintahkan berkumpul dengan membesarkan ALLAH dengan
takbir, tahmid dan tahlilnya semata-mata bagi mensyukuri pengembalian kepada
fitrah secara beramai-ramai.
tips harian
Saturday, August 3, 2013
Sunday, June 9, 2013
KISAH: Ini Bukan Emel SPAM
Saya seorang yang ketagih internet dan hari ini saya
mempunyai hari yang terbaik yang pernah saya ada. Saya log pada perkara pertama
pada waktu pagi dan saya melihat satu emel daripada Dr Idowu Ndnbueze di
Nigeria yang mempunyai USD$ 7,000,000.00 (TUJUH JUTA WOOO) yang sengaja
tertinggal dari sebuah syarikat multi-nasional. Dia ingin memberi kepada saya
20 persen daripada jumlah itu. Itu dah lebih kurang USD$ 14 Juta! Apa yang perlu
saya lakukan ialah membuka akaun bank untuk dia. Senang giler! Saya menulis
kembali dan berkata.
"Yes please, I'm your man."
Wednesday, May 1, 2013
Hikmah Solat Di AWAL WAKTU
Kalau
kita masih ingat masa kecil dulu, mak ayah kita selalu pesan atau suruh kita segera solat bila
dengar aje bunyi azan. Tak kiralah azan radio ke televisyen. Sekarang ni pula lagi canggih, tablet atau smartphone kita dah install apps solat, siap dengan
bunyi azan penuh lagi. Tapi berapa kerat diantara kita yang bersegera solat
sehabis mendengar bunyi azan. Tahukah kita bahawa Allah menurunkan perintah solat keatas
semua umat nabi Muhammad datang sekali dengan hikmah dan kelebihannya? Mari kita
perhatikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)